TANPA menafikan
pelbagai hikmah dan pengajaran melalui kisah Nabi Musa yang panjang
diceritakan oleh Allah Taala di dalam al-Quran, kisah Nabi Musa juga
tidak hanya berdiri melalui surah Makiyyah semata-mata tetapi merentet
melalui surah Madaniyyah.
Begitulah istimewa perbincangan yang
dikupas oleh Ustaz Muhamad Syaari Abdul Rahman setiap minggu pada hari
Isnin pukul 5.15 petang dalam rancangan Ibrah ini.
Seperti dimaklumi, selain tidak
terhimpun di dalam satu surah, malah kisah Nabi Musa ini tidak
diturunkan melalui himpunan satu surah yang dinamakan ‘Surah Musa’. Hal
keadaan ini berbeza dengan cerita tentang Nabi Yusuf malah satu surah
yang dinamakan Surah Yusuf juga terdapat di dalam al-Quran.